BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 22 Februari 2011

ctu 151

TAJUK :
Sejarah dan Kegiatan Dakwah Ustaz Marzuki Bin Ishak

DISEDIAKAN UNTUK :
Ustaz Abd Aziz Bin Harjin
Pensyarah CTU 151

DISEDIAKAN OLEH :
Nur Arif Syamimi Bt Md Zabidi
No. matrik : 2010692946
Kumpulan : ASD2En

PROGRAM :
Diploma Sains

TARIKH HANTAR :
23 Februari 2011









ISI KANDUNGAN

·         TAJUK
·         ISI KANDUNGAN
·         ABSTRAK
·         PENDAHULUAN
·         KONSEP
·         HURAIAN
·         PENUTUP
·         RUJUKAN









TAJUK :
Sejarah dan Kegiatan Dakwah Seorang Tokoh Ulama
ABSTRAK :
.Ulama dikenali dengan ilmunya dan keteguhan pendiriannya. Mereka juga terpelihara daripada terjebak ke dalam perkara-perkara yang syubahat. Selain itu, para ulama dikenali dengan jihad, dakwah, pengorbanan dari segi waktu, harta benda, nyawa dan kesungguhan mereka di jalan Allah. Dari sudut perspektif yang lain, ulama juga dikenali dengan ibadah dan khusyuk mereka kepada Allah. Di antara perkara yang menunjukkan alimnya ulama dan kelebihannya ialah mengenai pengajiannya, fatwanya dan juga karangannya. Sementelahan itu, para ulama ialah mereka yang mampu menyingkap dan memahami dalil-dalil daripada al-Quran al-Karim dan al-Hadis S.A.W. dengan sempurna. Mereka sentiasa istiqamah dan melazimi ilmu-ilmu yang diperoleh dengan ikhlas yang diajarkan kepada mereka bersumberkan dari Rasulullah S.A.W. Agama Islam telah mengiktiraf ulama sebagai pewaris para nabi sepertimana yang terdapat di dalam sebuah hadis:
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para nabi. Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka hanya mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambil (warisan ilmu) tersebut ia telah mengambil habuan yang paling sempurna.
(Riwayat Ahmad, Tarmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah).







PENDAHULUAN :
Kehilangan ulama bukanlah dengan cara Allah menghilangkan ilmu daripada dada manusia tetapi melalui kematian ulama. Pada suatu masa nanti, umat islam akan menghadapi satu masalah yang besar iaitu hilangnya ilmu pengetahuan. Perkara ini berlaku apabila orang islam sendiri kurang berminat mempelajari ilmu pengetahuan. Selain itu ilmu yang dimiliki juga tidak diamalkan sekaligus menyebabkan tidak timbul perasaan takut kepada Allah.
 Sebagai golongan yang mempunyai kuasa autoriti dalam urusan agama serta mendapat pengiktirafan yang tinggi dari Allah dan pewaris para nabi, maka sewajarnya diberi perhatian dengan mempertahankan ulama. Untuk mempertahankan institusi ulama ini, semua pihak perlu prihatin dan memberi kepercayaan yang penuh dengan cara melantik mereka (para ulama) sebagai pemimpin. Seterusnya, menghormati mereka dengan mematuhi fatwa yang mereka keluarkan. Kita juga sewajarnya menjaga kebajikan ulama dan memberi mereka kuasa yang cukup untuk menjaga hal ehwal agama.
Oleh itu, rumusnya di sini tiadanya para ulama akan memberi kesan yang besar dalam kehidupan individu dan masyarakat. Antaranya masyarakat akan hidup dalam kejahilan ilmu, lahirnya pemimpin-pemimpin yang tidak mempunyai pengetahuan agama serta wujudnya pelbagai ajaran sesat. Justeru, melalui penulisan ini ingin saya ketengahkan kepentingan, peranan dan tanggungjawab imam dalam sesebuah kariah yang membantu para ulama dalam menyebarkan dakwah dan memastikan agama Islam terus berkembang maju.
Sebenarnya, peranan imam bukanlah semata-mata untuk berdakwah sahaja, akhlak yang mulia juga menjadi contoh kepada masyarakat. Akhlak yang mulia menjadi lambang keperibadian seseorang individu. Jika diri setiap individu di penuhi dengan akhlak yang baik, maka secara totalnya perhubungan sesama manusia juga menjadi baik. Sikap sebegini penting bagi seseorang imam dan masyarakat kerana perkara tersebut akan mewujudkan





KONSEP
Perkataan ulama merupakan kata jamak dari kata dasar alim yang bermaksud seseorang mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat mendalam. Perkara ini berbeza dengan perkataan alim yang beerti orang yang mengetahui akan tetapi belum tentu orang itu mendalami. Perkataan ulama ini telah disebutkan pada beberapa tempat di dalam al-Quran al-Karim dan al-Hadis S.A.W. samaada secara langsung mahupun tidak yang menunjukkan bahawa ulama adalah individu-individu yang terpilih yang menguasai ilmu Allah Taala dengan mendalam dan memiliki akhlak terpuji. Oleh itu, ulama ialah seseorang pakar yang mempunyai ilmu pengetahuan berkenaan dengan agama Islam secara mendalam dengan syarat-syarat tertentu sebagai ulama.
Di samping itu, kita mesti mengakui bahawa para ulama bukannya maksum dan mereka tidak boleh lari dari melakukan kesilapan yang tidak disengajakan. Namun jika hendak dibandingkan dengan kita, sudah tentulah mereka lebih layak untuk mengeluarkan hukum-hakam kerana mereka telah memahami ilmu agama dengan mendalam. Oleh itu, kita sebagai masyarakat awam ini, tidak perlulah kita merasa diri terlalu hebat daripada para ulama yang sentiasa mendapat petunjuk daripada Allah Taala. Kita sewajarnya menghormati para ulama dengan sebaiknya, berakhlak kepada mereka jikalaupun mereka telah tersalah di dalam mengeluarkan pandangan.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Bukan termasuk umatku orang yang tidak memuliakan orang dewasa kami, menyanyangi anak kecil kami dan menghormati ulama kami.
(Riwayat Ahmad).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Ulama itu ada tiga jenis. (Pertama) orang yang alim yang hidup dengan ilmunya (mengamalkan ilmunya) dan masyarakat juga hidup dengan ilmunya. (Kedua) orang yang alim yang masyarakat mengambil manfaat dengan ilmunya tetapi dia sendiri membinasakan dirinya (tidak mengamalkan ilmunya). (Ketiga) orang alim yang hidup dengan ilmunya (mengamalkan ilmunya) tetapi orang lain tidak mengambil manfaat dari ilmunya.
(Riwayat ad-Dailami).





HURAIAN :
SEJARAH DAN KEGIATAN DAKWAH USTAZ MARZUKI BIN ISHAK DI KAMPUNG PINANG TUNGGAL, KEPALA BATAS
Ustaz Marzuki B Ishak dilahirkan pada 29 Januari 1968 di Kampung Pematang Setar, Pinang Tunggal. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Paya Keladi selama 3 tahun. Ketika berumur 10 tahun beliau bertukar sekolah dan meneruskan pengajiannya di Sekolah Kebangsaan Pinang Tunggal kerana mengikuti ayah beliau yang bertugas sebagai guru pada ketika itu. Beliau meneruskan pengajian beliau di Maktab Mahmud dari tingkatan 1 hingga 5 dan kemudiannya menyambung pengajian di maktab perguruan. Setelah tamat pengajiannya, beliau memulakan kerjayanya sebagai guru di Sekolah Menengah Agama Al-Irshad, Kepala Batas. Sehingga sekarang beliau masih bertugas di sekolah tesebut dan mengajar Pengajian Syariah islamiah dan bahasa arab. Beliau kini berusia 43 tahun dan mempunyai lima orang anak. Isteri beliau bernama Hasnah Binti Hashim dan juga bertugas sebagai guru agama di Sekolah Kebangsaan Bertam Indah. ‘Islam Teras Kehidupan’ menjadi falsafah hidup beliau untuk terus memperjuangankan islam serta menjalankan tanggungjawab beliau sebagai imam disamping menyebarkan dakwah kepada masyarakat.
Sepanjang penglibatan beliau sebagai imam di kariah Pinang tunggal, berliau banyak berjasa kepada masyarakat. Beliau selalu menganjurkan kelas-kelas agama kepada penduduk kampung. Pada setiap hari rabu, beliau akan mengajar agam dan Quran di surau kampung Pinang Tunggal.  Niat murni beliau untuk membantu masyarakat kampung menyebabkan beliau di senangi penduduk kampung. Masyarakat kampung banyak bertanyakan hal agama kepada beliau. Segala permasalahan dalam kalangan masyarakat kampung  banyak dirujuk kepada beliau. Harapan beliau ialah setiap dakwah yang disampaikan memberi kesan positif kepada masyarakat kampung serta mendekatkan diri kepada Allah.
Selain itu, dalam mengurangkan masalah sosial yang timbul dalam kalangan masyarakat kampung, beliau telah bekerjasama dengan penduduk kampung dalam mengatur strategi untuk mengurangkan masalah tersebut. Misalnya, penagihan air daun ketum yang kian berleluasa dalam kalangan remaja-remaja . Beliau dan beberapa penduduk kampung berdakwah dari rumah ke rumah dengan memberi nasihat kepada mereka-mereka yang terlibat. Beliau berharap nasihat yang diberikan dapat mengembalikan mereka ke jalan yang diredhai Allah.
Seterusnya, dalam menyeru masyarakat khususnya para remaja ke masjid terutamanya ketika solat jumaat beliau menghantar surat ke rumah-rumah untuk mengajak para remaja ini ke masjid. Menerusi surat tersebut beliau banyak menyelitkan motivasi, nasihat dan teguran yang membina selain memberi keinsafan kepada remaja-remaja tersebut. Disamping itu beliau sendiri mendekati remaja-remaja ini dan berkomunikasi secara peribadi dengan mereka. Hal tersebut menyebabkan para remaja ini menghormati beliau dan mula menunjukkan perubahan ke arah  yang lebih baik. Beliau amat mengharapkan perubahan yang baik dalam kalangan remaja ini kerana merekalah yang akan menjadi perintis untuk terus memperjuangkan agama Islam ini.
Konklusinya, semangat untuk terus memperjuangkan islam menjadi nadi kekuatan beliau menjalankan amanah dan tanggungjawab sebagai imam. ‘Islam Teras Pembangunan Ummah’ meupakan moto yang terus dipegang beliau dalam memartabatkan Islam di mata dunia.






PENUTUP
Justeru itu, jelaslah di sini bahawa seseorang imam itu memainkan peranan yang penting dalam sesebuah kariah. Hal ini dapat di buktikan apabila imam menjadi penggerak dan pencetus semangat dalam melakukan perkara yang menyumbang ke arah positif. Di samping itu, pentingnya imam dalam sesebuah kariah ialah menjadi ketua atau orang yang berada di hadapan misalnya ketika solat.
Seterusnya, peranan imam juga jelas dilihat apabila mereka menjadi tempat rujukan untuk bertanya sebarang permasalahan yang timbul dalam sesebuah kariah. Selain itu, imam juga menjadi pendengar yang baik kepada setiap permasalahan yang timbul serta mengambil langkah yang bijak untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik,
Lantaran itu, masyarakat seharusnya sedar dan menghargai jasa seseorang imam kerana tiadanya mereka kita mungkin hidup dalam kejahilan dan islam menjadi semakin mundur. Kita seharusnya sedar bahawa seseorang imam itu membawa sinar dalam mencari keredhaan Allah.





RUJUKAN
·         Buku Teks Pendidikan Al-Quran dan Assunah
·         Ustaz Marzuki Bin Ishak, Imam Kampung Pinang Tunggal
·         http://buluh.iluvislam.com